Refleksi Diri

1:30 pagi. Aku masih belum diuliti mimpi. Ku pandang ke kanan ku toleh ke kiri, tiada apa yg misteri. Kedengaran air dari filter akuarium ku yg ditempatkan di satu sudut ruangtamu yg kecil itu. Ye, ia amat mendamaikan.

Mengapa aku masih begini? Mengapa aku perlu begini? Bisik hati kecilku. Bingkas aku bgn dan berwuduq. Mungkin masih ada ‘kotoran’ yg lekat pada diri aku, hati minda atau naluri ku, tidak dpt aku pastikan. Namun hanya kepada Dia aku bermohon, tetapkan hati ku agar bersih sentiasa seputih salju. Lapangkan jiwa ku dari belenggu hidupan duniawi. Jauhkan aku dari pemikiran yang tidak suci. Aku adalah aku. Sekadar cuba dan masih belajar utk lebih dewasa utk mengenal erti kehidupan di bumi. Insafi segala kesesatan yg telah aku kuasai untuk mendapatkan kehidupan yang lebih hakiki.

Aku. Merenung jauh ke luar jendelaku. Aku. Mengimbau segala kenangan silamku. Aku. Mensyukuri nikmat dari yang Satu. Aku. Pasrah dengan kebanyakan perilaku. Tetapi aku. Masih di sana di sini dan di situ melunaskan segala tanggungjawabku.

Aku alpa. Tp skrg aku tidak mudah lupa. Aku sesat. Alhamdulillah, aku belum terlambat. Aku redha. Atas setiap sesuatu. Aku pasrah. Namun aku masih tersenyum dan tidak menyerah.

Bertalu2 soalan dtg kepada aku . Aku renung dunia ku . Masih terlalu banyak salahlakuku. Aku harap Dia akan tunjukkan aku jalan nan satu.

Faktor umur. Faktor persekitaran. Ya, antara yg mendorong aku sebegini. Aku fobia dengan dosa2 ku. Kesombongan aku. Keangkuhan aku. Keakuan aku. Apa yg dapat aku banggakan dengan semua itu? Tidak satu pun.

Kau. Engkau. Dan engkau. Apa yg ada pada kesombongan itu? Apa yg kau dapat dengan keangkuhan itu. Aku tak tau. Kau lebih tau kerana itu kau biarkan ia berlaku.

Jangan terlalu mendongak ke langit sehingga kau lupa di mana kau berpijak. Rumput menghijau yang menahan setiap tapakmu. Sedarkah kau? Aku melihat kesombonganmu. Aku menonton keangkuhanmu. Bangga kau melakonkan watak itu didepan semua penonton yang berjiwa kaku. Pulanglah engkau kepangkuan Tuhanmu. Aku dan engkau, sama2 kita menuju ke syurga yang satu itu. InsyaAllah. Tapi siapa aku utk nilai semuanya.

Pagi menunjukkan beningnya. Aku bersyukur. Semoga tidurku lena meninggalkan sisabaki kehidupan semlm. Aku harus terus berjuang utk kehidupan ku esok. Tanpa ada calit benci kepada sekalian alam. Aku maafkan semua yg salah kpdku. Aku memohon maaf kepada semua yg aku berbuat salah. Semua kita semua dpt rahmat dr yg Esa.

 

akufikirdanakutulis

pengalaman mengajar

Aku belajar jujur dari orang yang mendustaiku

Aku belajar memaafkan dari orang yang menyakitiku

Aku belajar berterima kasih dari orang yang mengabaikanku

Dan aku belajar setia dari orang yang mengkhianatiku

Aku berusaha untuk redha walau aku punya sejuta alasan untuk kecewa kerana aku hanyalah seorang hamba

Subhanallah .. begitulah seharusnya aku sejak dulu lagi

Sesungguhnya semua perkara begitu indah

Menjadikan sesuatu yang sakit kepada ubat

Menjadikan derita sebagai putik putik bahagia

Dan menjadikan kesulitan sebagai jalan kemudahan

Yakinlah akan janji Dia… di sebalik segala kesulitan pasti akan berpancar sinar kebahagiaan. InsyaAllah

DOA ARAFAH

Alhamdulillah… hampir sempurna Haji bagi yang mengerjakannya. Moga satu masa, bertemu di sana.

Umat Islam disunnahkan membaca ‘Doa Hari Arafah’ walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.

Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)

.

Doa Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.

Image

DOA ARAFAH
(Dalam Bahasa Melayu)

Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya. Aamin Ya Rabbal Alamin

Dibawah ini ialah link Doa Arafah dalam Bahasa Arab.

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/10/doa-arafah.jpg

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير

pen-provokasi

Salam ahad readers;

Minggu ni, kehidupan aku begitu sarat dgn permasalahan-permasalahan kehidupan yg mengajar minda utk lebih matang dan mengajar jiwa utk lebih kental. Aku memanjatkan kesyukuran kepada Dia. Kerana aku tau, Dia menguji aku setanding dgn kemampuan ku. Ye, aku dekat dgnNya. Dan ye, aku lebih tawakal dan redha akan setiap sesuatu.

Aidiladha. Sinonim dgn qurban atau biasanya kita sebut dan tulis sbg korban. Ye, aku berkorban. Korban utk insan2 dan manusia2 disekeliling aku. Korbankan kepercayaan aku kpd mereka. Haaa.. lega.

Mempunyai seorang sahabat baik + kaunselor + penglipur lara + pendengar yg sgt baik + penasihat sekaligus dia yg bergelar suami adalah satu daripada anugerah dan nikmat yg diberi olehNya sgt membuatkan aku kuat dan tabah menghadapi apa jua masalah dan rintangan sejak hari pertama bergelar isterinya. Terima kasih sayang. Juga mempunyai sahabat + tiang utk aku terus gagah berdiri mengharungi permainan duniawi ni. Terima kasih ent. Dan Tuhanku. Aku syukuri.

Segala kekusutan yg aku alami 2 3 hari ni, sedikit sebyk telah aku rungkaikan. Hati semakin hari semakin lapang. Alhamdulillah. Namun, rumah yg telah siap ku bina ini, pahatnya masih berbunyi. Ku cari dan aku cari, ohh.. sumbangnya bunyi pahat di rumah jiran tetangga ku ini. Ahhh, bisik hatiku. Itulah, manusia.. taksudah2 utk mencetuskan kontroversi. Takhabis2 nak jadi batu api. Takhenti2 nak mencaci. Takreti2 nak jaga kain sendiri. Apakah niat dia dan mereka, tidaklah aku ketahui. Namun, aku panjatkan doa pada Ilahi, moga satu hari nanti, dia dan mereka akan sedar diri.  Sama seperti aku sebelum ini, yang jahil byk ilmu islami. Byk yg telah aku pelajari. Semoga Tuhan akan mengampuni semuanya sekali.

Kawan, jagalah diri dan keluarga sendiri. Amek tau hal org, tak dpt untung dan pasti tidak akan rugi. Seksa kubur dapat kita jauhi, syurga mungkin akan hampir dgn diri. Simpanlah pahat mu itu utk diri sendiri, mana tau boleh digunakan dikemudian hari utk mendirikan mahligai seindah syurgawi.

Aku. Akan terus begini. Masih banyak lg yg perlu dipelajari dan aku akan terus muhasabah diri tanpa henti. Moga Dia makin aku dekati, syaitan yg bertopeng manusia dpt aku jauhi.

Image

Ya Allah, terima kasih kerana memilih aku utk diuji.

mangsa keadaan dan mangsa tempat kejadian

Sambungan…..

Hola readers;

Belum sempat menjengah 10jam, ku titipkan lagi alunan melodi kehidupan aku dalam masa 36jam yang lepas. Kekusutan yang masih merantai hati menjerat diri. Merungkai kebenaran dalam setiap kata tidak semudah mendgr segala nista.

Aku dan sekelilingku. Antara mangsa keadaan dan mangsa ditempat kejadian. Bukan mudah menjadi aku, dan tidak pernah senang menjadi aku. Tp itulah bhgn kehidupan aku di sini.

Aku boleh hidup dlm segunung umpatan org terhdp diri aku. Krn aku percaya, apabila aku menJadi topik utama manusia lain.. aku adalah subject yg penting di mata mereka. Kerana bila aku tiada, maka tiadalah bahan umpatan itu. Dan tiadalah sesi gossip mereka. Tapi aku berderai apabila diletakkan sbg subject penyampai berita sensasi hiburan tkini. Sdgkan profession itu tidak ku pohon di mana2 agensi penyiaran sekali pun. Namun apa kan daya, pemegang2 Phd itu lebih hebat menilai perilaku ku.

Akhirnya… aku menjadi mangsa fitnah. Woowww.. sekaligus meletakkan aku menjadi manusia teraniaya sekelian alam. Dusshhhh.. menfitnah itu lebih teruk dr membunuh.

Pengajaran utk aku. Pengalaman utk yg terlibat. Terima kasih Tuhan. Aku diuji. Alhamdulillah. Aku masih disygi. Aku terus menjadi sumber irihati. Aku masih gagah berdiri. Aku pelakon utama di pentas duniawi. Akulah yg sehebat selebriti. Hahahahaaa..

Assalam.

murahnya harga sebuah persahabatan. hilangnya nilai kepercayaan

Salam readers;

Tajuk blog arini agak serious bunyi nya kan? Ye, ujian Allah, bisik hatiku. Sekali lagi aku diuji.. ujian maha hebat. Diduga dgn dugaan menjurus kepada nilai persahabatan. Bukan sekali bukan dua kali aku disogok dgn cerita2 negatif ttg diri aku sdiri. Aku mcm tu, aku mcm ni. Aku itu aku ini. Aku begitu aku begini… arghhh… jahat sgt ke aku sehingga diperlakukan sedemikian rupa. yg nyata dan aku sgt pasti, aku tidak semulia Khadijah.. dr mendgr mcm2 tohmahan negatif ttg diri sendiri dr mulut ke mulut, sehinggalah Dia meletakkan aku utk menonton sdiri permainan duniawi. Aku rebah, jatuh dan terduduk. Mengambil segala yg blaku dr sudut yg sgt positif, aku redha dlm pasrah.

Permasalahan persahabatan yg boleh aku klasifikasikan lebih kepada berpunca dr diri aku sdiri. Kerana terlalu percaya dan terlalu baik dan hanya berserah pd qada dan qadar. Dan ye, ia sedikit sedikit memakan diri aku akhirnya. Untuk menyesal atas apa yg berlaku, itu bukan aku. Tidak pernah ada dlm kamus hidup aku. Semuanya aku simpan jdkan pengajaran dn pengalaman krn mengajar aku tentang hidup.

Ye, aku makin kusut. Satu persatu kisah tauladan sejarah dan cerita singgah ke gegendang telinga aku. Utk aku yg terlalu percaya pada org dan terlalu mengamalkan konsep humanity ni, masih byk ttg kepercayaan yg perlu aku gali.

 

Sana sini tipu menipu melepaskan bontot sendiri.

Bersambung………

 

 

Musuh Jangan Dicari

Assalam readers,

Working on a shine and fine saturday morning. Hope this can explain more on the caption working on saturday morning 😉

Image

Tghari nya mendapat jemputan makan di rumah seorang sahabat. Menu nya simple, requested by sahabat2 yg lain.. laksa terengganu. Makanya, lepas kerja, cargas lah membeli bahan2 untuk buatkan dessert permintaan sahabat2 pula. Okay, pencuci mulut ala2 kadar dpt disiapkan dalam masa 1jam aje.. taraaaaa… triffle nama nye. Nak resepi? I’ll post later.

Image

Taraaa… harap dapat memuaskan tekak2 yg menelannya. Berkumpul dgn sahabat2 zaman persekolahan mmg tiada protokol jauh skali disiplin diri. Ketawa bagai segala perkara mencuithati, berbicara bagai dah lama xmendgr segala cerita sdgkan cerita2 sama yg diceritakan dalam group whatsapp. Ahhh, whatsapp.. terlalu banyak teknologi terkini yang semakin memalaskan diri, tp siapa yang peduli? Mende2 ni kdg2 buat kita lupa dan bangga diri. Fuhh.. Berbalik kpd cerita sahabat2 td, ye.. zaman remaja.. membesar bsama mereka meninggalkan memori yang sgt bharga yg tidak pernah terlintas di fikiran.

Alhamdulillah, laksa terengganu memenuhi segenap ruang dalam perut ini. Itulah, rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari.

Enche arief… hermmmm, dia mula membuka lembaran hobi lamanya yg telah usang ditinggalkan. Joran dan dia tidak mampu dipisahkan lagi. Harap dapat dimanfaatkan hobi nya ini. All the best! Gi mancing bwk balik patin ye yang, bukan fatin tau.. ngeee…

Moga berjumpa lagi .. adios!