hijrah

Kemaafan dendam yang terindah…

Salam Maal Hijrah, readers;

Ya Allah, Kau lah yang maha pengasih. Kau lah yang maha pengampun. Malam ni, malam tahun baru hijrah. Aku, dalam kepenatan pulang dari tempat yang boleh aku panggil kampunghalaman ku wpun bukannya negeri lahir ku, sempat ku bermuhasabah diri menyaksikan keagungan ciptaan maha esa. Alhamdulillah, perjalanan yang tenang dan tenteram. Welldone again, Romeo! Aku terus menitip secebis lembaran dikala aku dihujani pelbagai perkara yang bermain difikiran. Tuhan, sungguh indah rencanaMu. aku bermunajat hanya pada Kau yang satu. aku bersyukur Ya Allah, masih diberi kesempatan utk membuka buku amalanku yang baru. moga utk tahun ni, malaikat Raqib akan lebih byk menulis utkku, berbanding dgn malaikat Atid. semoga mudah utk aku meniti hari2 di akhir zaman ni dgn penuh rasa syukur dan tiada sekelumit kesumat di hati. Ye, Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Allah menggalakkan umatNya utk sentiasa memohon maaf dan menyucikan hati dan diri dari segala dendam, iri dan dengki.

Indahnya. Bukan hanya pada aidilfitri, malah pada tahun hijrah yang silih berganti. Tidak setakat itu, setiap malam sebelum lena diulit mimpi, kita mohon maaf dan pohon dimaafi. Namun, setiap minit dan setiap saat, rendahkan lah hati utk minta diampuni. Aku jarang tersedar yang aku khilaf, aku sentiasa alpa. Aku.. mohon maaf kepada semua, andai ada yg berluka dgn perilaku diri ini. Untuk memaafkan, terpulanglah pada kalian, siapa aku utk menghakimi. Memaafkan ataupun tidak memaafkan, kalian sentiasa dlm doaku setiap hari. Kerana kalian aku belajar muhasabah diri. Kerana kalian aku terus gagah berdiri. Dan kerana kalian, Dia makin aku dekati. Alhamdulillah, besar sungguh peranan sekelilingku dlm kehidupan harianku. Aku redha. Aku bersyukur. Moga kita sama2 mendapat keredhaanNya.

Image

#bukanmudah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s