hijrah

Kemaafan dendam yang terindah…

Salam Maal Hijrah, readers;

Ya Allah, Kau lah yang maha pengasih. Kau lah yang maha pengampun. Malam ni, malam tahun baru hijrah. Aku, dalam kepenatan pulang dari tempat yang boleh aku panggil kampunghalaman ku wpun bukannya negeri lahir ku, sempat ku bermuhasabah diri menyaksikan keagungan ciptaan maha esa. Alhamdulillah, perjalanan yang tenang dan tenteram. Welldone again, Romeo! Aku terus menitip secebis lembaran dikala aku dihujani pelbagai perkara yang bermain difikiran. Tuhan, sungguh indah rencanaMu. aku bermunajat hanya pada Kau yang satu. aku bersyukur Ya Allah, masih diberi kesempatan utk membuka buku amalanku yang baru. moga utk tahun ni, malaikat Raqib akan lebih byk menulis utkku, berbanding dgn malaikat Atid. semoga mudah utk aku meniti hari2 di akhir zaman ni dgn penuh rasa syukur dan tiada sekelumit kesumat di hati. Ye, Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Allah menggalakkan umatNya utk sentiasa memohon maaf dan menyucikan hati dan diri dari segala dendam, iri dan dengki.

Indahnya. Bukan hanya pada aidilfitri, malah pada tahun hijrah yang silih berganti. Tidak setakat itu, setiap malam sebelum lena diulit mimpi, kita mohon maaf dan pohon dimaafi. Namun, setiap minit dan setiap saat, rendahkan lah hati utk minta diampuni. Aku jarang tersedar yang aku khilaf, aku sentiasa alpa. Aku.. mohon maaf kepada semua, andai ada yg berluka dgn perilaku diri ini. Untuk memaafkan, terpulanglah pada kalian, siapa aku utk menghakimi. Memaafkan ataupun tidak memaafkan, kalian sentiasa dlm doaku setiap hari. Kerana kalian aku belajar muhasabah diri. Kerana kalian aku terus gagah berdiri. Dan kerana kalian, Dia makin aku dekati. Alhamdulillah, besar sungguh peranan sekelilingku dlm kehidupan harianku. Aku redha. Aku bersyukur. Moga kita sama2 mendapat keredhaanNya.

Image

#bukanmudah

hujan emas di negeri orang

Happy Diwali n happy holiday readers;

اَلْحَمْدُلِلّهِ

Selamat sampai ke destinasi. Kuala Terengganu. Tempat yg terlalu banyak menciptakan sejarah hidupku dan kenangan manis serta payau sepanjang usia kanak-kanak hinggalah meningkat penghujung remajaku. Wpun ini bukan negeri kelahiranku, aku lebih selesa ianya menjadi ‘kampung’ ku. Balik kampung! Mana lagi kalo bukan ganu.

Apa yg menarik? Tiada yg lebih hebat selain daripada makanan2 traditional tempatan dgn harga yang sgt sgt dan sgt berpatutan. Roti canai 7biji + 1 roti telur baru RM7. Di kota metropolitan, mana nak cari harga yg semacam ni? Nasik Imagedagang nasik lemak nasik minyak.. huhaiii xtersenarai kat sini. Sesungguhnya seronok berada di negeri sang penyu ini. Jenuh turun naik body scale haiii..

Tempat wajib dilawati dan dihabiskan duit berkali2 : pasar kedai payang la jawapannya. And for me NACC mesti pegi. Beli xbeli, is another story. Berkenan kalu, belilah kan.. Tapi enche arif dah ada lagi satu places of interest dia.. lubuk memancing lah. Di sekitar kuala terengganu lah gamaknya.

Okay.. busy lah jugak bila dah balik sini.. k, nanti kita berkongsi cerita lagi. Moga kita semua diberkatiNya dan dipermudahkan segala urusan. Aminn.. semoga semua bergembira dan dapat manfaatkan cuti yang diberi. Family 1st.. insyaAllah it will heal n cure everything!

kalau kail panjang sejengkal

salam jumaat readers;

Alhamdulillah masih bernafas di udara yg agak segar. masih berpijak di rumput yang menghijau dan masih menjunjung langit yang cerah. semoga semua pun dalam keadaan yg sama. dan marilah kita sama-sama mensyukuri nikmat yang dilimpahi kepada kita sehingga hari ini. kepada yang kurang bernasib baik, marilah kita samasama doakan agar perjalanan kehidupan mereka dipermudahkanNya.

banyak yang berlaku di depan mata, terlalu banyak juga singgah ke telinga.. namun itu pilihan kita sama ada hendak di simpan atau di buang jauh dari kotak pemikiran kita. jika yang baik, maka simpanlah serapi mungkin, mana tau dapat dijadikan bekalan ketika kita menghadapi saat2 getir dan yang kurang baik itu, biarlah berlalu begitu sahaja. dan redha lah. semoga Allah akan merahmati kehidupan kita semua.

ntah bila diri ini akan berhenti belajar… ya, mungkin sehingga hembusan nafas yang terakhir. belajar tentang kehidupan mmg tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang. belajar mengenali diri sendiri. belajar untuk menerima setiap sesuatu yang baik dan buruk disekeliling kita. bukan untuk jadi sempurna, malah tidak juga menjadi yang terbaik. cukup sekadar menjadi indah di sisiNya dan cantik di mata yang memandang. bukan indah pada paras rupa, bukan cantik pada fizikal sahaja.

pengalaman demi pengalaman mengajar. wow.. tidak terkira indahnya. jatuh dan bangun, ye aku masih bertahan. Dia maha penyayang. Dia uji aku. aku berlapang dada wpun pun aku sedih. aku senyum wpun ada tangis. aku terima wpun ku rasa pedih. ye, aku kuat untuk semua ini. aku ada Dia, dia dan dia.. dan mereka.

perubahan demi perubahan aku cuba serasi. aku masih teguh berdiri. tidak kira apa pun yang aku hadapi, Dia lebih mengetahui. kehidupan yang lebih hakiki menanti. adakah aku cukup bersedia untuk mengharungi atau aku akan hanya menangisi.. ahhh.. apapun, aku xperlu berhipokrasi.. just menjadi diri sendiri yang telah serba sedikit diperbaharui. akan ada kurang di sana dan di sini, aku akan terus perbaiki.

aku cuba faham, dan aku juga telah difahamkan.. tp ntah, masing2 punya karakter dan sifat yang tersendiri yang perlu aku dan org lain hormati. aku bertanya pada diri, kenapa perlu ada soalan : kenapa eh dia macam tu? kenapa ye dia tu macam ni? sebelum aku bertanya tentang org, aku lebih prefer untuk cermin diri. adakah aku terlalu sempurna untuk nilai org lain itu dan ini? sedangkan diri sendiri masih banyak perlu diperbaiki. pernahkah kita sedar tentang perkara ini? menunding jari amat senang sekali, tanpa ada perasaan simpati dan empati, tanpa ada kenyataan2 yang sahih untuk dipercayai.. kenapa kita suka terus menghakimi?!!! adakah kita dah cukup sempurna seperti para nabi.

aku belajar dari setiap apa yang terjadi. aku buka kan mata hati. aku xkan biarkan jiwa aku mati.

adakah dia, dia, dia dan mereka akan sedari, hidup di dunia ini bukan sendiri. nak sendiri, tunggu lah tiba ajalnya nanti. masa tu, nak menyesal pun takberguna lagi.

I AM STRONG because I know my WEAKNESS . I AM BEAUTIFUL because I am aware of my FLAWS . I AM FEARLESS because I learnt to recognize, illusion from REAL . I AM WISE because I learn from my MISTAKES . I AM A LOVER because I have felt HATE . and . I CAN LAUGH because I have known SADNESS

untuk apa jua yang berlaku… ya Allah aku mensyukuri atas setiap sesuatu yang telah Kau rancangkan untukku. sesungguhnya Kau lebih mengetahui segala sesuatu yang baik dan sebaliknya untukku.

maybe yes maybe not