hanafi turns seVen

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Hanafi dah 7yo. Anugerah Tuhan yang sgt tak ternilai harganya. Hanafi, nama yg sangat bersejarah dan bermakna utk ibu dan ayah. Lahir pada 5 syawal bersamaan 28 oktober 2006 di Damansara Damai Medical Centre secara normal dan bekalan elektrik terputus. Syukur ya Allah.

img1382858905040

Sebelum hanafi tidur tadi, we have a discussion :

abg tido awal ye, esok bday abg kan. Ibu ngan ayah nak kena g skul abg hantarkan mende2 abg nak celebrate bday ni.

esok bday abg ke 8tahun kan ibu?

no dear, 7yo.

hahh? Bukan masa abg masuk darjah 1 tu abg dah 7tahun ke?

Maka pjglah sikit perbualan kami sebelum anak teruna ini lena.

Sempena bday afi ni, ibu mcm hari2 biasa jugak, doakan kesejahteraan hidup afi di dunia dan akhirat. Ibu xmintak apa2 dr afi. Ibu juga xmemaksa utk afi bg ibu A dalam setiap matapelajaran di sekolah. Walaupun afi dah mula membuatkan ibu dan ayah bangga dgn pencapaian2 afi di sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Ranking top 4 dah cukup membanggakan kami dgn percentage yg amat mengagumkan. Ini semua atas usaha afi sendiri, ibu dan ayah hanya membantu mana yg perlu. Dan bonus lah utk kita sekeluarga. Cuma, apa yg ibu sgt perlukan dr afi ialah supaya afi taat pada Allah, nabi dan rasulmu sayang, dan ibu juga ayah. Jadikan alQuran sebagai rujukan mu wahai anak. Penuhkan dadamu dgn ilmu agama dan akhirat. Asah mindamu dgn berfikiran yg baik2 sahaja tanpa ada secalit kekotoran pun. Lapangkan dadamu dgn akhlak2 mulia. Membesarlah sebagai insan yang terbaik ye sayang.

Bijak di dunia tidak menjanjikan syurga jika kau alpa pada agamamu dan amal ibadahmu. Ibu dan ayah akan berusaha utk ilmu dunia dan akhiratmu agar seimbang. Jadilah contoh yang terbaik utk adik2mu sayang. Akhlakmu harus dijaga. Tidak bermakna amalanmu jika kau derhakai kedua ibu bapamu. Dan sayang, jagalah nama ibu dan ayah tidak kira di mana kau berada. Ayah dan ibu sgt menyayangimu. Sayangilah adik2 mu sayang. Jaga dan ajarilah mereka sebagaimana ayah telah mengajar abg menjadi ketua utk adik2. Belailah mereka sebagaimana ibu curahkan pada kalian. Afi dan kimi adalah harta ibu dan ayah ygbtiada tandingannya dan tiada galang gantinya. Ingat masa susahmu jika kau telah menggengam kesenangan.

Jangan dilupa rumput yg kau pijak jika kau telah berada di kemuncak dunia. Hanafi, ingat satu perkara, jangan kau lupa asal usul mu, jangan kau abaikan amal ibadahmu, jangan kau alpa dgn pentas dunia yg mungkin akan menyesatkanmu.

Kamarul Hanafi, doa ibu dan restu ibu sentiasa bersamamu walau ke mana saja kau berada. Ibu sayang abg sgt2. Wpun ibu xmampu menaburkan kemewahan pd abg, doa restu dan kasih sayang ibu tidak ternilai dan tiada tandingan di dunia ini dan tidak boleh dijual beli utk keluarga kita. Jadilah anak yg soleh sayang, utk memudahkan kehidupan ibu dan ayah di sana kelak. Terima kasih atas doa abg utk ibu dan ayah juga hakimi setiap kali selepas abg solat. Ibu doakan semoga doa abg dimakbulkan Tuhan. Teruskan berdoa utk ibu ayah dan hakimi ye sayang.

#menitisairmataibu

2 thoughts on “hanafi turns seVen

  1. happy birthday afi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s