Refleksi Diri

1:30 pagi. Aku masih belum diuliti mimpi. Ku pandang ke kanan ku toleh ke kiri, tiada apa yg misteri. Kedengaran air dari filter akuarium ku yg ditempatkan di satu sudut ruangtamu yg kecil itu. Ye, ia amat mendamaikan.

Mengapa aku masih begini? Mengapa aku perlu begini? Bisik hati kecilku. Bingkas aku bgn dan berwuduq. Mungkin masih ada ‘kotoran’ yg lekat pada diri aku, hati minda atau naluri ku, tidak dpt aku pastikan. Namun hanya kepada Dia aku bermohon, tetapkan hati ku agar bersih sentiasa seputih salju. Lapangkan jiwa ku dari belenggu hidupan duniawi. Jauhkan aku dari pemikiran yang tidak suci. Aku adalah aku. Sekadar cuba dan masih belajar utk lebih dewasa utk mengenal erti kehidupan di bumi. Insafi segala kesesatan yg telah aku kuasai untuk mendapatkan kehidupan yang lebih hakiki.

Aku. Merenung jauh ke luar jendelaku. Aku. Mengimbau segala kenangan silamku. Aku. Mensyukuri nikmat dari yang Satu. Aku. Pasrah dengan kebanyakan perilaku. Tetapi aku. Masih di sana di sini dan di situ melunaskan segala tanggungjawabku.

Aku alpa. Tp skrg aku tidak mudah lupa. Aku sesat. Alhamdulillah, aku belum terlambat. Aku redha. Atas setiap sesuatu. Aku pasrah. Namun aku masih tersenyum dan tidak menyerah.

Bertalu2 soalan dtg kepada aku . Aku renung dunia ku . Masih terlalu banyak salahlakuku. Aku harap Dia akan tunjukkan aku jalan nan satu.

Faktor umur. Faktor persekitaran. Ya, antara yg mendorong aku sebegini. Aku fobia dengan dosa2 ku. Kesombongan aku. Keangkuhan aku. Keakuan aku. Apa yg dapat aku banggakan dengan semua itu? Tidak satu pun.

Kau. Engkau. Dan engkau. Apa yg ada pada kesombongan itu? Apa yg kau dapat dengan keangkuhan itu. Aku tak tau. Kau lebih tau kerana itu kau biarkan ia berlaku.

Jangan terlalu mendongak ke langit sehingga kau lupa di mana kau berpijak. Rumput menghijau yang menahan setiap tapakmu. Sedarkah kau? Aku melihat kesombonganmu. Aku menonton keangkuhanmu. Bangga kau melakonkan watak itu didepan semua penonton yang berjiwa kaku. Pulanglah engkau kepangkuan Tuhanmu. Aku dan engkau, sama2 kita menuju ke syurga yang satu itu. InsyaAllah. Tapi siapa aku utk nilai semuanya.

Pagi menunjukkan beningnya. Aku bersyukur. Semoga tidurku lena meninggalkan sisabaki kehidupan semlm. Aku harus terus berjuang utk kehidupan ku esok. Tanpa ada calit benci kepada sekalian alam. Aku maafkan semua yg salah kpdku. Aku memohon maaf kepada semua yg aku berbuat salah. Semua kita semua dpt rahmat dr yg Esa.

 

akufikirdanakutulis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s