hanafi turns seVen

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi. Hanafi dah 7yo. Anugerah Tuhan yang sgt tak ternilai harganya. Hanafi, nama yg sangat bersejarah dan bermakna utk ibu dan ayah. Lahir pada 5 syawal bersamaan 28 oktober 2006 di Damansara Damai Medical Centre secara normal dan bekalan elektrik terputus. Syukur ya Allah.

img1382858905040

Sebelum hanafi tidur tadi, we have a discussion :

abg tido awal ye, esok bday abg kan. Ibu ngan ayah nak kena g skul abg hantarkan mende2 abg nak celebrate bday ni.

esok bday abg ke 8tahun kan ibu?

no dear, 7yo.

hahh? Bukan masa abg masuk darjah 1 tu abg dah 7tahun ke?

Maka pjglah sikit perbualan kami sebelum anak teruna ini lena.

Sempena bday afi ni, ibu mcm hari2 biasa jugak, doakan kesejahteraan hidup afi di dunia dan akhirat. Ibu xmintak apa2 dr afi. Ibu juga xmemaksa utk afi bg ibu A dalam setiap matapelajaran di sekolah. Walaupun afi dah mula membuatkan ibu dan ayah bangga dgn pencapaian2 afi di sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Ranking top 4 dah cukup membanggakan kami dgn percentage yg amat mengagumkan. Ini semua atas usaha afi sendiri, ibu dan ayah hanya membantu mana yg perlu. Dan bonus lah utk kita sekeluarga. Cuma, apa yg ibu sgt perlukan dr afi ialah supaya afi taat pada Allah, nabi dan rasulmu sayang, dan ibu juga ayah. Jadikan alQuran sebagai rujukan mu wahai anak. Penuhkan dadamu dgn ilmu agama dan akhirat. Asah mindamu dgn berfikiran yg baik2 sahaja tanpa ada secalit kekotoran pun. Lapangkan dadamu dgn akhlak2 mulia. Membesarlah sebagai insan yang terbaik ye sayang.

Bijak di dunia tidak menjanjikan syurga jika kau alpa pada agamamu dan amal ibadahmu. Ibu dan ayah akan berusaha utk ilmu dunia dan akhiratmu agar seimbang. Jadilah contoh yang terbaik utk adik2mu sayang. Akhlakmu harus dijaga. Tidak bermakna amalanmu jika kau derhakai kedua ibu bapamu. Dan sayang, jagalah nama ibu dan ayah tidak kira di mana kau berada. Ayah dan ibu sgt menyayangimu. Sayangilah adik2 mu sayang. Jaga dan ajarilah mereka sebagaimana ayah telah mengajar abg menjadi ketua utk adik2. Belailah mereka sebagaimana ibu curahkan pada kalian. Afi dan kimi adalah harta ibu dan ayah ygbtiada tandingannya dan tiada galang gantinya. Ingat masa susahmu jika kau telah menggengam kesenangan.

Jangan dilupa rumput yg kau pijak jika kau telah berada di kemuncak dunia. Hanafi, ingat satu perkara, jangan kau lupa asal usul mu, jangan kau abaikan amal ibadahmu, jangan kau alpa dgn pentas dunia yg mungkin akan menyesatkanmu.

Kamarul Hanafi, doa ibu dan restu ibu sentiasa bersamamu walau ke mana saja kau berada. Ibu sayang abg sgt2. Wpun ibu xmampu menaburkan kemewahan pd abg, doa restu dan kasih sayang ibu tidak ternilai dan tiada tandingan di dunia ini dan tidak boleh dijual beli utk keluarga kita. Jadilah anak yg soleh sayang, utk memudahkan kehidupan ibu dan ayah di sana kelak. Terima kasih atas doa abg utk ibu dan ayah juga hakimi setiap kali selepas abg solat. Ibu doakan semoga doa abg dimakbulkan Tuhan. Teruskan berdoa utk ibu ayah dan hakimi ye sayang.

#menitisairmataibu

at the end… its only the beginning

Assalam, good day, hola readers 😉

Something to ponder on..

At the end, people come and go

At the end, you dont even befriend with the ones whom you once closed to

At the end, memories are only memories

At the end, something we thought will never happen, will just happen

At the end, we’ll hurt somebody and somebody will hurt us

At the end…

We just need to forgive

We just need to accept

We just need to learn

We just need to go on

At the end, only family stays

Or at least, someone whom you can call “my family”…

Hurmmm.. kebelakangan ni aku terlalu sibuk dengan urusan duniawi. Dengan kerjakerja opis. Dengan tanggungjawab rumahtangga. Dengan amanah yg dikurniakanNya. Aku masih tabah meniti harihariku. Ye masing2 dengan pengurusan masa masing2. Aku? Tidak sempurna utk menilai pengurusan masa mereka. Walau apa pun, aku doakan mereka tetap mempunyai masa utk yg Esa.

Setiap hari setiap masa tidak kira mana jua aku berada. Aku byk belajar. Kejadian2 alam. Kejadian2 sekeliling aku. Aku merasakan sesuatu di dalam diri aku. Kelainan. Kepuasan. Dan ye.. kesyukuran. Aku dlm proses mencari sesuatu yg dpt melengkapkan lagi kehidupan aku di sana nnt. insyaAllah. Doakanlah aku sahabat.

Banyak juga kejadian2 ngeri terpampang di dada2 akhbar. Moga semua yg terkorban akan di tempatlan di kalangan2 org2 yg beriman. Tidak lupa untuk syahid2 di gaza, palestin dan yg sewaktu dengannya.

Kematian itu sentiasa mengintai kita. Kita tidak akan pernah tahu bila ia akan merentap nyawa kita atau org2 yg kita sayang. Jika terdetik di hati atau terlintas di fikiran utk mengucapkan sayang atau memohon maaf terutamanya, segerakanlah. Andai perlu untuk bertanya khabar pada yg jauh, telefon lah apabila hati mula berbisik. Aku dan kita tidak tahu, adakah satu jam dari sekarang atau satu hari dari hari ni, malaikat maut akan menjemput kita. Sekarang, aku dan kita masih lagi punya masa dab kesempatan utk menghargai insan2 yg tersayang. Juga musuh2 kita. Ucapkan kasih nyatakan sayang pohonkan kemaafan halalkan segala kejadian.

IMG_4406164351941

Mungkin terlewat. Mungkin tidak. Mungkin juga tepat pada waktunya. Aku menjadi aku. Terima kasih kepada semua yg menjadikan siapa aku pada hari ini. Keluarga, suami, anak2, saudaramara, semua sahabat, semua yg menganggap aku musuh mereka, semua yg tidak sukakan aku. Aku menjadi aku kerana kalian. Kalian adalah impak besar dlm kehidupan aku terutamanya mereka2 yg kurang senang dgn kehadiran aku di sisi mereka. Kalian hadir dlm hidupku adalah kehendak Dia. Aku redha, maka kalian juga perlu redha dlm keikhlasan lah ye.

//akak xtgk af ke?

Tak lah

//kenapa? dah xbest ke?

Entah.. xde la sbb pun. Mungkin sbb dah tua kot…

Aku!

Refleksi Diri

1:30 pagi. Aku masih belum diuliti mimpi. Ku pandang ke kanan ku toleh ke kiri, tiada apa yg misteri. Kedengaran air dari filter akuarium ku yg ditempatkan di satu sudut ruangtamu yg kecil itu. Ye, ia amat mendamaikan.

Mengapa aku masih begini? Mengapa aku perlu begini? Bisik hati kecilku. Bingkas aku bgn dan berwuduq. Mungkin masih ada ‘kotoran’ yg lekat pada diri aku, hati minda atau naluri ku, tidak dpt aku pastikan. Namun hanya kepada Dia aku bermohon, tetapkan hati ku agar bersih sentiasa seputih salju. Lapangkan jiwa ku dari belenggu hidupan duniawi. Jauhkan aku dari pemikiran yang tidak suci. Aku adalah aku. Sekadar cuba dan masih belajar utk lebih dewasa utk mengenal erti kehidupan di bumi. Insafi segala kesesatan yg telah aku kuasai untuk mendapatkan kehidupan yang lebih hakiki.

Aku. Merenung jauh ke luar jendelaku. Aku. Mengimbau segala kenangan silamku. Aku. Mensyukuri nikmat dari yang Satu. Aku. Pasrah dengan kebanyakan perilaku. Tetapi aku. Masih di sana di sini dan di situ melunaskan segala tanggungjawabku.

Aku alpa. Tp skrg aku tidak mudah lupa. Aku sesat. Alhamdulillah, aku belum terlambat. Aku redha. Atas setiap sesuatu. Aku pasrah. Namun aku masih tersenyum dan tidak menyerah.

Bertalu2 soalan dtg kepada aku . Aku renung dunia ku . Masih terlalu banyak salahlakuku. Aku harap Dia akan tunjukkan aku jalan nan satu.

Faktor umur. Faktor persekitaran. Ya, antara yg mendorong aku sebegini. Aku fobia dengan dosa2 ku. Kesombongan aku. Keangkuhan aku. Keakuan aku. Apa yg dapat aku banggakan dengan semua itu? Tidak satu pun.

Kau. Engkau. Dan engkau. Apa yg ada pada kesombongan itu? Apa yg kau dapat dengan keangkuhan itu. Aku tak tau. Kau lebih tau kerana itu kau biarkan ia berlaku.

Jangan terlalu mendongak ke langit sehingga kau lupa di mana kau berpijak. Rumput menghijau yang menahan setiap tapakmu. Sedarkah kau? Aku melihat kesombonganmu. Aku menonton keangkuhanmu. Bangga kau melakonkan watak itu didepan semua penonton yang berjiwa kaku. Pulanglah engkau kepangkuan Tuhanmu. Aku dan engkau, sama2 kita menuju ke syurga yang satu itu. InsyaAllah. Tapi siapa aku utk nilai semuanya.

Pagi menunjukkan beningnya. Aku bersyukur. Semoga tidurku lena meninggalkan sisabaki kehidupan semlm. Aku harus terus berjuang utk kehidupan ku esok. Tanpa ada calit benci kepada sekalian alam. Aku maafkan semua yg salah kpdku. Aku memohon maaf kepada semua yg aku berbuat salah. Semua kita semua dpt rahmat dr yg Esa.

 

akufikirdanakutulis

pengalaman mengajar

Aku belajar jujur dari orang yang mendustaiku

Aku belajar memaafkan dari orang yang menyakitiku

Aku belajar berterima kasih dari orang yang mengabaikanku

Dan aku belajar setia dari orang yang mengkhianatiku

Aku berusaha untuk redha walau aku punya sejuta alasan untuk kecewa kerana aku hanyalah seorang hamba

Subhanallah .. begitulah seharusnya aku sejak dulu lagi

Sesungguhnya semua perkara begitu indah

Menjadikan sesuatu yang sakit kepada ubat

Menjadikan derita sebagai putik putik bahagia

Dan menjadikan kesulitan sebagai jalan kemudahan

Yakinlah akan janji Dia… di sebalik segala kesulitan pasti akan berpancar sinar kebahagiaan. InsyaAllah

DOA ARAFAH

Alhamdulillah… hampir sempurna Haji bagi yang mengerjakannya. Moga satu masa, bertemu di sana.

Umat Islam disunnahkan membaca ‘Doa Hari Arafah’ walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.

Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta’ala.

Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi dishahihkan Al-Albani)

.

Doa Arafah bukan sahaja baik dibaca oleh Jemaah Haji pada hari Arafah, tetapi disunnahkan juga kepada seluruh Umat Muslim di seluruh dunia walaupun tidak berada di Padang Arafah.

Image

DOA ARAFAH
(Dalam Bahasa Melayu)

Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya. Aamin Ya Rabbal Alamin

Dibawah ini ialah link Doa Arafah dalam Bahasa Arab.

http://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/10/doa-arafah.jpg

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi)

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير

pen-provokasi

Salam ahad readers;

Minggu ni, kehidupan aku begitu sarat dgn permasalahan-permasalahan kehidupan yg mengajar minda utk lebih matang dan mengajar jiwa utk lebih kental. Aku memanjatkan kesyukuran kepada Dia. Kerana aku tau, Dia menguji aku setanding dgn kemampuan ku. Ye, aku dekat dgnNya. Dan ye, aku lebih tawakal dan redha akan setiap sesuatu.

Aidiladha. Sinonim dgn qurban atau biasanya kita sebut dan tulis sbg korban. Ye, aku berkorban. Korban utk insan2 dan manusia2 disekeliling aku. Korbankan kepercayaan aku kpd mereka. Haaa.. lega.

Mempunyai seorang sahabat baik + kaunselor + penglipur lara + pendengar yg sgt baik + penasihat sekaligus dia yg bergelar suami adalah satu daripada anugerah dan nikmat yg diberi olehNya sgt membuatkan aku kuat dan tabah menghadapi apa jua masalah dan rintangan sejak hari pertama bergelar isterinya. Terima kasih sayang. Juga mempunyai sahabat + tiang utk aku terus gagah berdiri mengharungi permainan duniawi ni. Terima kasih ent. Dan Tuhanku. Aku syukuri.

Segala kekusutan yg aku alami 2 3 hari ni, sedikit sebyk telah aku rungkaikan. Hati semakin hari semakin lapang. Alhamdulillah. Namun, rumah yg telah siap ku bina ini, pahatnya masih berbunyi. Ku cari dan aku cari, ohh.. sumbangnya bunyi pahat di rumah jiran tetangga ku ini. Ahhh, bisik hatiku. Itulah, manusia.. taksudah2 utk mencetuskan kontroversi. Takhabis2 nak jadi batu api. Takhenti2 nak mencaci. Takreti2 nak jaga kain sendiri. Apakah niat dia dan mereka, tidaklah aku ketahui. Namun, aku panjatkan doa pada Ilahi, moga satu hari nanti, dia dan mereka akan sedar diri.  Sama seperti aku sebelum ini, yang jahil byk ilmu islami. Byk yg telah aku pelajari. Semoga Tuhan akan mengampuni semuanya sekali.

Kawan, jagalah diri dan keluarga sendiri. Amek tau hal org, tak dpt untung dan pasti tidak akan rugi. Seksa kubur dapat kita jauhi, syurga mungkin akan hampir dgn diri. Simpanlah pahat mu itu utk diri sendiri, mana tau boleh digunakan dikemudian hari utk mendirikan mahligai seindah syurgawi.

Aku. Akan terus begini. Masih banyak lg yg perlu dipelajari dan aku akan terus muhasabah diri tanpa henti. Moga Dia makin aku dekati, syaitan yg bertopeng manusia dpt aku jauhi.

Image

Ya Allah, terima kasih kerana memilih aku utk diuji.

mangsa keadaan dan mangsa tempat kejadian

Sambungan…..

Hola readers;

Belum sempat menjengah 10jam, ku titipkan lagi alunan melodi kehidupan aku dalam masa 36jam yang lepas. Kekusutan yang masih merantai hati menjerat diri. Merungkai kebenaran dalam setiap kata tidak semudah mendgr segala nista.

Aku dan sekelilingku. Antara mangsa keadaan dan mangsa ditempat kejadian. Bukan mudah menjadi aku, dan tidak pernah senang menjadi aku. Tp itulah bhgn kehidupan aku di sini.

Aku boleh hidup dlm segunung umpatan org terhdp diri aku. Krn aku percaya, apabila aku menJadi topik utama manusia lain.. aku adalah subject yg penting di mata mereka. Kerana bila aku tiada, maka tiadalah bahan umpatan itu. Dan tiadalah sesi gossip mereka. Tapi aku berderai apabila diletakkan sbg subject penyampai berita sensasi hiburan tkini. Sdgkan profession itu tidak ku pohon di mana2 agensi penyiaran sekali pun. Namun apa kan daya, pemegang2 Phd itu lebih hebat menilai perilaku ku.

Akhirnya… aku menjadi mangsa fitnah. Woowww.. sekaligus meletakkan aku menjadi manusia teraniaya sekelian alam. Dusshhhh.. menfitnah itu lebih teruk dr membunuh.

Pengajaran utk aku. Pengalaman utk yg terlibat. Terima kasih Tuhan. Aku diuji. Alhamdulillah. Aku masih disygi. Aku terus menjadi sumber irihati. Aku masih gagah berdiri. Aku pelakon utama di pentas duniawi. Akulah yg sehebat selebriti. Hahahahaaa..

Assalam.